Kinabatangan diisytihar kawasan bencana banjir

Share the news

KINABATANGAN: 2 April 2025 – Daerah Kinabatangan diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada pukul 4.45 petang tadi berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai di tahap bahaya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat ini tujuh kampung di kawasan berkenaan terjejas banjir dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam pada 6 petang tadi.

Dimaklumkan juga bahawa proses pemindahan mangsa kini sedang dilaksanakan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan bomba.

Sementara itu, dilaporkan bahawa bacaan paras air semasa menaik secara perlahan, dan pihak Sabah Electricity telah memutuskan bekalan elektrik di keseluruhan lokasi yang ditenggelami air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal