Kimberly Menang Sugandoi Kaamatan 2025

Share the news

Dari kiri: Farhana Naslyn Suhaili (Tenom), Kimberly Myra Terence (Beluran), dan Pasqueletta Joan Paulus (KDCA Putrajaya).

PENAMPANG: 23 Mei 2025 – Kimberley Myra Terence, yang mewakili Beluran, dinobatkan sebagai juara pertandingan Sugandoi Kaamatan Negeri 2025 semasa acara kemuncak di Dewan KDCA di sini pada hari Jumaat. Beliau membawa pulang RM10,000, sebuah trofi, dan hadiah-hadiah tajaan lain. Farhana Naslyn Suhaili, yang mewakili Tenom, dan Pasqueletta Joan Paulus (KDCA Putrajaya) masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Anugerah Persembahan Terbaik dimenangi oleh Jaymeral Hendry Monis (Penampang), dan Battle Terbaik kepada gandingan Farhana Naslyn Binti Suhaili (Tenom) dengan Pasqueletta Joan Paulus (Putrajaya).

Sementara itu, keputusan rasmi pertandingan Sugandoi Dazanak Kaamatan 2025, johan dianugerahkan kepada Mickglyee Rothrek Petrus (Sandakan), naib johan Qistina Izz Zara Binti Robin (Ranau) dan tempat ketiga Deanver Xavier Stanley Abel (Tambunan), diikuti Beckhsbryen Jude (Kota Kinabalu), Rackydeveson Bin Ryan (Keningau), dan Hannaleigh Annavau Suimin (Tanjung Aru). Persembahan Terbaik dianugerahkan kepada Hannaleigh Annavau Suimin (Tanjung Aru).

Bagi keputusan rasmi pertandingan Sugandoi Songkotoun Kaamatan 2025, johan dianugerahkan kepada Didymus Hendry Dalus (Tambunan), naib johan Hilary Petrus (Tuaran), dan tempat ketiga Samuel Bin Joseph (Kota Belud), diikuti Francis Odoi (Putatan), dan Jaidi Arifin (Penampang). Persembahan Terbaik dianugerahkan kepada Hilary Petrus (Tuaran).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal