Monday, December 23, 2024

Kiandee buang undi, suasana di Beluran tenang

BELURAN: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beluran pada Sabtu.

Ronald tiba pada jam 9.45 pagi dan melaksanakan tanggungjawab di Saluran Dua pada jam 10.10 pagi.

Ketika ditemui media selepas mengundi di SK Pekan Beluran, beliau berharap suasana tenang ketika proses pengundian di SK Pekan Beluran dan pusat mengundi lain di Parlimen Beluran akan berterusan sehingga petang.

“Kita adakan proses pilihan raya dalam keadaan tenang, terkawal supaya kita dapat menunaikan tanggungjawab kita dengan berkesan dan juga mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada.

“Saya telahpun mengundi dalam PRU ini, dan kelihatan ramai penduduk Beluran juga sedang bergilir untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di SK Pekan Beluran,” katanya.

Kerusi Parlimen Beluran menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon lain Benedict Asmat (BN) Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (WARISAN), Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mewakili Pakatan Harapan.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights