Tuesday, December 24, 2024

Ketua Usno Lahad Datu nafi ramai Iranun sertai Warisan

Hamdan berucap di Majlis itu.

LAHAD DATU: Ketua Usno Lahad Datu, Mohammad Hamdan Abdullah menafikan dakwaan 90 peratus kaum Iranun di Kampung Nala, Tungku menyertai Parti Warisan.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali,” katanya di majlis kempen bersama Calon BN di Dewan Sri Nala Kg Nala, Tungku dekat sini.

Menurutnya, sepanjang 22 bulan kerajaan Parti Warisan memerintah penduduk Kg. Nala, Tungku hanya menerima sebuah pintu gerbang bernilai RM 10 ribu. Berbeza dengan ketika kerajaan BN menerajui di mana Kg Nala menerima projek naik taraf surau bernilai RM100,000.

“Begitu juga dewan yang tersedia di Kampung Nala, Tungku merupakan hasil titik peluh pemimpin BN terdahulu,” katanya

Beliau juga mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Nala adalah hakisan jalan dan bekalan air bersih.

Datuk Abdul Hakim

Hamdan berharap jika calon Lahad Datu memenangi kerusi Parlimen pilihan raya yang akan diadakan esok (19 November), mereka berharap keperluan penduduk kampung akan diberi perhatian.

Lebih 70 orang hadir majlis itu yang dihadiri oleh Ketua Daerah Tungku Mohamed Nuron dan Pemaju Mukim Tungku, Sabtu Susulan.

Sementara itu, Ketua Bahagian BERSATU Lahad Datu, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan meminta semua ahli Bersatu menyokong calon BN, Datin Maizatul Akmam Alawi.

“Jangan khianati perjuangan parti. Semua pemimpin termasuk ketua-ketua Kampung, JPKK, termasuk ahli parti Bersatu perlu menyokong calon BN seterusnya kemenangan milik BN,” katanya di majlis bersama pemimpin di Saujana Putra Ballroom dekat sini petang Jumaat.

Katanya, Lahad Datu masih memerlukan pembangunan justeru rakyat perlu memberi peluang kepada calon BN untuk menang dalam PRU-15 kali ini.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights