Monday, December 23, 2024

Ketua Bahagian MCA ajak semua kaum bersatu, menangkan BN

Datin Maizatul Akmam Alwi bercakap kepada media.

LAHAD DATU: Ketua Bahagian MCA Lahad Datu Datuk Teah Heok Kuin mengajak semua pengundi di daerah ini supaya bersatu walaupun berlainan kaum demi untuk memberikan kemenangan kepada calon Parti Barisan Nasional di sini.

Calon Barisan Nasional (BN) Datin Maizatul Akmam Alawi akan bertanding kerusi Parlimen di Lahad Datu dalam pilihan raya umum ke-15 yang diadakan pada minggu depan.

Menurut Teah, hanya Parti BN yang boleh stabilkan ekonomi negara dan mampu memberi kesejahteraan rakyatnya.

Sementara itu, calon Datin Maizatul berkata, industri pelancongan adalah nadi kepada ekonomi daerah Lahad Datu.

“Banyak produk pelancongan yang boleh diketengahkan di sini termasuklah Tungku dan Kunak. Jika dimajukan sudah tentu ia memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi kepada Lahad Datu dan dan masyarakat setempat,” katanya di Majlis Jelajah bersama pemimpin BN di bilik gerakan PDM Taman Fajar di sini pada petang khamis.

Katanya, semua pembangunan di Lahad Datu akan diteruskan kerana ada yang terbengkalai semasa kerajaan PH memerintah seperti projek tebatan banjir, lapangan terbang dan generasi kedua felda.

Datuk Teah Heok Kuin

Lebih 60 orang menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Datuk Teah Hock Kuin Ketua Bahagian MCA Lahad Datu, Dato’ Sri Dr Anil Jeet Singh Sandhu Ketua Penerangan Pemuda UMNO dan Mohamaf Yusof Jiran Ketua Umno Cawangan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Fajar dan Dr Mohammad Ayub Yaakub mantan Pegawai Daerah Lahad Datu.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights