Kerajaan larang penjawat awam guna Waze

5bee5b38 c8e5 461e 9bb6 7c1c8a5a6a40

PUTRAJAYA, 21 Oktober 2026 — Kerajaan melarang penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze berkuat kuasa serta-merta atas faktor keselamatan siber kerana aplikasi itu berpangkalan di Israel.

Keputusan tegas itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menerusi pekeliling rasmi, mengarahkan semua ketua jabatan memaklumkan dan memastikan larangan itu dipatuhi sepenuhnya oleh pegawai di bawah seliaan masing-masing.

Arahan mandatori ini melibatkan seluruh kementerian, jabatan Persekutuan, badan berkanun Persekutuan, kerajaan negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai agensi penyelaras untuk memantau pelaksanaan larangan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal