Kerajaan ada agenda besar majukan Tenom
KEMABONG: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Tenom
berpotensi besar dalam sektor pertanian dan pelancongan dan boleh lebih maju jika diwakili
Ahli Parlimen daripada kerajaan.
Ini kerana katanya, kerajaan mahu suara penduduk di Tenom dan Sabah dibawa ke Parlimen dan adalah penting mereka memilih calon Parlimen Tenom, Jamawi Jaafar, pada hari pengundian esok (Sabtu).
Katanya, Jamawi adalah calon yang sesuai dan perlu diberi peluang untuk menyuarakan hasrat dan harapan rakyat Sabah.
“Jamawi adalah calon kerajaan negeri dan saya hanya menyokong calon daripada kerajaan dan bukannya calon pembangkang, bukan calon Warisan, bukan calon Pakatan Harapan dan bukan calon bebas,” katanya di majlis pemimpin bersama rakyat di Dataran Kemabong, di sini malam Jumaat.
Sementara itu, dalam majlis berasingan, Ketua Menteri berkata kemenangan calon BN bagi Parlimen Pensiangan adalah kemenangan kerajaan GRS-BN.
“Sekali lagi saya minta mandat daripada rakyat untuk memilih calon kerajaan negeri bagi Pensiangan ini. Janganlah kita harap kepada Parti Warisan, Harapan, KDM
dan Pejuang kerana sandaran kita adalah kepada anak muda ini, Datuk Arthur Joseph
Kurup.
“Kita jangan salah pilih, terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” katanya di majlis bersama rakyat di DUN Sook di Dewan Kampung Kapakaan Biah, Keningau.
– Tv Sabah News
0 Comments