Tuesday, December 24, 2024

Kemuka calon PM dilanjut hingga 2 petang ini Nov 22

PETALING JAYA: Pencalonan bakal Perdana Menteri hanya diketahui esok jam 2 petang.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangguhkan pencalonan itu hari ini (Isnin) kerana belum ada mana-mana gabungan berjaya memuktamadkan persepakatan yang membolehkan mereka membentuk kerajaan baru.

Baginda bertitah ketua dan gabungan parti-parti politik hendaklah mengemukakan keputusan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan baru dan memilih Perdana Menteri ke-10 pada jam 2 petang esok (22 November).

Sebelum ini baginda mengarahkan mana-mana parti yang mempunyai cukup angka untuk membentuk kerajaan datang mengadapnya hari ini (Isnin). Namun sehingga sekarang belum ada persepakatan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong menyeru seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

“Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara (Caretaker Government),” katanya.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights