Tuesday, December 24, 2024

‘Kembalikan mandat kepada Abdul Rahman di KB’

James Bagah

Mohd Syukrie Johary

KOTA BELUD: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tempasuk meminta penduduk Kota Belud memberi mandat sekal lagi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk kembali sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Ketuanya James Bagah berkata, Abdul Rahman sudah lama menabur bakti dan membuktikan keupayaan beliau membawa perubahan serta pembangunan kepada daerah ini selama dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu.

“Saya mengakui Abdul Rahman banyak berbakti, mampu serta berjaya membawa perubahan dan pembangunan besar kepada Kota Belud yang mundur selama dua penggal.

“Rugi besar jika 79,885 pengundi berdaftar Kota Belud tidak memilih calon BN itu sebagai wakil mereka ke peringkat parlimen untuk tempoh lima tahun,” katanya, di sini Isnin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Abdul Rahman berdepan pertandingan tiga penjuru dengan penyandang kerusi kawasan itu Isnaraissah Munirah Majilis dari WARISAN dan Madeli @ Modily Bangali mewakili Pakatan Harapan (PH).

James yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Sabah Bersatu (USTO) berkata, sudah terbukti sejak ahli parlimen dari WARISAN merampas kawasan itu daripada BN, tiada perubahan serta pembangunan besar berjaya dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk Kota Belud mengembalikan mandat kepada BN menerusi Abdul Rahman supaya agenda mengubah kehidupan penduduk serta membangunkan daerah ini yang tertangguh lima tahun disebabkan keputusan PRU14 pada 2018 dapat diteruskan.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights