Kemalangan Maut Di Keningau – Polis Kesan Pemilik Proton Putih

photo 6113923067718339550 y

KENINGAU: 17 November 2025 — Satu kemalangan maut berlaku awal pagi 16 november lalu di Jalan Keningau–Apin Apin, berhadapan Pejabat SLDB, melibatkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah motosikal dan dua kereta.

Kemalangan membabitkan motosikal jenis SM Sport 110E (DER3101), sebuah Proton Iswara biru (WQX9269), serta sebuah Proton berwarna putih yang nombor pendaftarannya masih belum dapat dipastikan.

Penunggang motosikal bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Susulan itu, Polis Daerah Keningau kini mengesan pemilik dan pemandu Proton putih berkenaan yang masih belum tampil membuat laporan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke Pejabat Trafik IPD Keningau atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Donny Ondu Anjun di talian 019-2331840 bagi membantu siasatan.

Sumber: Kenyataan Media Polis Daerah Keningau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal