RANAU: 17 November 2025 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meneruskan komitmen dalam membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar daerah Ranau.
Dalam operasi terancang yang melibatkan 20 pegawai dari Pejabat Imigresen Daerah Ranau dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), seramai lapan lelaki dewasa warga Filipina ditahan kerana disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Hasil pemeriksaan terhadap 11 individu mendapati lapan daripadanya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah
