Kalabakan masih mundur: Liew
Nilam Raon
KALABAKAN: Pembangunan di Kalabakan masih jauh ketinggalan berbanding dengan daerah-daerah lain di negeri ini, kata Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Datuk Liew Yun Fah.
“Dari aspek pembangunan dan kemudahan asas daerah ini masih jauh ketinggalan. Kebanyakan jalan di Kalabakan, Felda Umas dan kawasan Merotai rosak teruk kerana sudah lama tidak diperbaiki.
“Ini kerana kawasan ini di bawah pentadbiran pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Bola Tampar Terbuka Lelaki dan Wanita anjuran Kg. Melati Burut, Merotai Besar.
Liew yang juga bekas Adun Merotai berkata, sepanjang beliau meneraju kawasan itu pelbagai pembangunan telah dibawa dan berharap kawasan Kalabakan akan terus cemerlang di bawah pemimpin muda.
Katanya, rakyat perlu melihat pembangunan yang ada di Kalabakan sebelum memutuskan siapa dipilim pilihan raya umum kali ke-15 ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua pengundi di Parlimen Kalabakan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy apabila membuang undi pada Sabtu ini.
“Rakyat perlu mengetahui bahawa dana pembangunan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah terhad jika dibandingkan dengan dana parlimen. Seorang ahli parlimen akan diperuntukkan lebih banyak untu membangun kawasan parlimen,” katanya.
PHRS antara parti tempatan yang menyokong kerajaan BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
– Tv Sabah News
0 Comments