Tuesday, December 24, 2024

Jekerison bekas pemain bola sepak calon KDM di Pensiangan

KOTA KINABALU: Bekas pemain bola sepak negeri Jekerison Kilan, akan bertanding sebagai calon bagi kerusi Parlimen Pensiangan menggunakan tiket Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Jekerison, 52, bermain untuk pasukan bola sepak Sabah dari 1989 hingga 1998 dan pernah bermain di Negeri Sembilan. Belia juga ketua penyelaras bahagian KDM Nabawan. Ini adalah kali pertama beliau bertanding dalam pilihan raya.
Presiden Parti KDM Datuk Peter Anthony mengumumkan pencalonan Jekerison itu hari ini bersama seorang lagi iaitu Naib Presiden KDM Datuk Johair Mat Lani, 57, yang akan bertanding kerusi Beaufort.

Mereka akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 yang diadakan pada 19 November ini.

Peter Anthony dalam sidang media pada Rabu berkata, Naib Presiden KDM Datuk Johair Mat Lani, 57, akan bertanding di kerusi Beaufort manakala bekas pemain bola sepak negeri Jekerison Kilan, 52, sebagai calon parti itu Pensiangan.

“Parti KDM setakat ini akan bertanding di tujuh kawasan pada PRU15,” katanya.

Sebelum ini, Peter mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Tenom, Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu), Ketua Pemuda KDM Jumardie Lukman (Sepanggar), usahawan Amat Mohd Yusof (Kimanis) dan ahli perniagaan Liaw Kit Siong (Kota Kinabalu).

Beliau berkata, KDM masih mempertimbangkan untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Ranau, Papar dan Keningau selain meneliti permintaan ramai untuk parti itu meletakkan calonnya di kawasan lain.

– BERNAMA

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights