Tuesday, December 24, 2024

Jangan takut keluar mengundi: Juhari

LAHAD DATU: Pengundi parlimen di Lahad Datu dinasihatkan untuk keluar mengundi beramai-ramai dalam pilihan raya pada 19 November ini tanpa takut kepada ugutan dan provokasi daripada pihak tertentu

Wakil Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah, Datuk Juhari Janan Datu Sahar Datu Jamaludin mengingatkan masyarakat Lahad Datu supaya tidak takut pada ugutan atau provokasi daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menghalang mereka untuk keluar mengundi.

“Jangan takut kepada sebarang bentuk ugutan atau provokasi yang mungkin ditimbulkan,” katanya di majlis kempen calon Barisan Nasional (BN) parlimen Lahad Datu Datin Maizatul Akman Alawi di sini pada Isnin.

Katanya, rakyat wajar memilih calon BN dan memberikan kemenangan kepada parti Itu supaya dapat menerus dan menyelesaikan projek-projek terbengkalai yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

Sementara itu, Maizatul dalam ucapannya berikrar untuk berjuang sedaya mungkin merampas kembali kerusi parlimen Lahad Datu daripada pembangkang.

Katanya, beliau akan membalas semula kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh penyokong dengan membantu mereka termasuk memberi pembangunan apabila mendapat mandat daripada pengundi kelak.

“Saya yakin dengan kemenangan BN di Lahad Datu. Jika menang ia akan memberi banyak peluang kepada saya untuk meneruskan agenda membantu rakyat,” katanya ketika berkempen di rumah Ketua PDM Damroad dekat sini.

Beliau juga berterima kepada pucuk pimpinan parti itu kerana memilihnya sebagai calon BN untuk bertanding di Lahad Datu.

Ini katanya adalah pengiktrafan kepada golongan wanita. Wanita adalah antara jentera parti yang paling kuat bekerja setiap kali pilihan raya diadakan.

Justeru Maizatul merayu agar pengundi-pengundi kawasan Parlimen Lahad Datu dapat memberi peluang kepada beliau untuk berkhidmat kepada rakyat.

Selain Datuk Juhari Janan selaku wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah turut hadir ialah Datu Sahar Datu Jamaludin Penyelaras BN DUN Segama dan Saidin Seperuddin Ketua Penerangan UMNO Bahagian Lahad Datu juga selaku Ketua PDM Dam Road.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights