Isi RON95 dalam tong, MOF sekat MyKad dari subsidi BUDI95

IMG 2259

KUALA LUMPUR: 24 Mac 2026 – Kementerian Kewangan Malaysia memandang serius satu video tular yang memaparkan individu mengisi petrol RON95 ke dalam tong di sebuah stesen minyak.

Siasatan mendapati individu terbabit ialah warganegara Malaysia dan pemegang MyKad. Perbuatan itu melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api di bawah Program BUDI95, dan boleh menjejaskan usaha kerajaan memastikan pengurusan subsidi yang telus, bersasar dan berkesan.

MOF memaklumkan, tindakan akan diambil dengan menyekat MyKad yang digunakan dalam transaksi tersebut dan pemilik kenderaan dari terus menikmati kemudahan BUDI95.

Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap ketirisan dan salah guna subsidi, khususnya dalam situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan dan harga bahan api. Penguatkuasaan akan dipertingkat bagi membendung aktiviti tidak bertanggungjawab.

Dalam masa sama, kerajaan menghargai rakyat yang menyalurkan aduan berkaitan isu itu. Orang ramai digesa terus melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan melalui Pusat Khidmat BUDI MADANI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal