Hyweb Malaysia catat rekod MBOR dengan 108 reka bentuk maskot Sunbear

WhatsApp Image 2026 04 05 at 18.09.27

KOTA KINABALU: 5 April 2026 – Hyweb Malaysia Technology Sdn Bhd, syarikat di sebalik kempen ZUBA Visit Malaysia Snap & Win, telah diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR) apabila mencatat pencapaian “Most ‘Visit Malaysia’ Sunbear Maskot Designs in a Campaign” dengan sejumlah 108 reka bentuk unik maskot Sunbear yang dipasang di seluruh Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis pengiktirafan itu berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Grace Point Food Court, Jalan Sembulan, dan dihadiri pemimpin industri, wakil kerajaan, peniaga, media, dan pempengaruh.

WhatsApp Image 2026 04 05 at 18.13.11

“Pencapaian ini mencerminkan kreativiti, dedikasi dan sumbangan besar dalam mempromosikan Malaysia melalui reka bentuk inovatif. Tahniah kepada Hyweb Malaysia Technology Sdn Bhd,” kata wakil MBOR, Siti Hajar.

Beliau menambah, MBOR terus memberi inspirasi kepada jenama Malaysia untuk menolak sempadan ke arah kecemerlangan.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran ZUBA, Nick Tsao, “Apabila kami memulakan kempen Snap & Win ini, ideanya mudah iaitu membawa orang ramai keluar untuk meneroka dan mengalami Sabah dengan cara yang menyeronokkan. Tetapi yang lebih penting, kami mahu menghubungkan orang, perniagaan dan pelancongan”.

Katanya lagi, setiap dari 108 maskot Sunbear itu mewakili perniagaan, cerita dan identiti kreatif tersendiri.

“Di belakang setiap maskot ada peniaga yang percaya pada idea ini. Pengiktirafan ini milik anda semua.”

Kempen tersebut turut menyumbang kepada peningkatan kesedaran mengenai pemuliharaan beruang matahari di Sabah.

“Apabila perniagaan bersatu dan kreativiti bertemu tujuan, kita boleh mencipta sesuatu yang bermakna. Ini baru permulaan,” katanya.

WhatsApp Image 2026 04 05 at 18.14.34

ZUBA merancang untuk memperluas inisiatif itu dengan melibatkan lebih ramai peniaga dan meningkatkan pengalaman interaktif untuk pelancong dan penduduk tempatan.

Turut hadir ialah Charles Tsao, Pengerusi Kumpulan Hyweb dan CSX Holdings; Anson Ng, Pengarah Urusan CSX Holdings dan Ayuhouz; Calvern Ng dan Charis Lee, Pengarah Eksekutif CSX Holdings; Serene Tan, Pengarah Urusan TCT Group; Charlie Tang, Pengarah Urusan Aton Group; Jin Tang, Pengarah Eksekutif Aton Group; Siti Nurhanim, pegawai dari Malaysia Book of Records; Khairul Amir, Timbalan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia; serta Juvina, Penolong Setiausaha Lembaga Pelancongan Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal