Hajiji minta rakyat sabar menunggu pelaksanaan janji

Mohd Syukrie Johary
TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu rakyat di negeri ini sabar menunggu setiap perkara yang dijanjikan oleh kerajaan dalam melaksanakan hala tuju pembangunannya.
Ini kerana hala tuju Sabah Maju Jaya yang digariskan oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) hanya dapat dinikmati oleh rakyat dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Apa yang dirancangkan oleh kerajaan menerusi hala tuju akan terlaksana secara berperingkat-peringkat dan bukannya sekelip mata.
“Rakyat harus faham bahawa pembangunan yang dicadangkan dalam Sabah Maju Jaya itu hanya terlaksanakan pada tempoh 10 tahun lagi,” katanya di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Kampung Lok Batik, di sini petang Sabtu.
“Oleh itu, rakyat harus sabar menunggu setiap perkara dijanjikan kerajaan dalam hala tuju pembangunannya,” katanya.
Turut hadir calon Parlimen Tuaran, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Parti STAR Tuaran, Datuk Edward Linggu.

Beliau mengakui kerajaan tidak mampu melakukan semua dijanjikan itu sekelip mata, namun sekurang-kurang masih berupaya menunaikan janji secara berperingkat.
Katanya, antara kejayaan kerajaan GRS-BN berjaya mendapatkan royaliti minyak daripada Petronas.
“Petronas sudah membayar kerajaan negeri lebih RM1 billion,” katanya.
Hajiji berkata, berbanding kerajaan negeri yang lalu, tidak banyak yang berjaya mereka dilakukan untuk negeri ini dan penduduknya.
“Apa yang kita lakukan ini adalah untuk negeri ini dan penduduknya,” katanya.
– Tv Sabah News
0 Comments