Hajiji Janji Timbalan Ketua Menteri Cina, Jika GRS Terus Mandat

photo 2025 09 24 09 03 22

KOTA KINABALU:23 September 2025 – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa seorang wakil dari masyarakat Cina akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kembali diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Menurut beliau, pelantikan itu bergantung kepada kejayaan calon-calon Cina dalam pilihan raya negeri akan datang, sekali gus meluaskan keterlibatan mereka dalam pentadbiran negeri.

Hajiji menegaskan sumbangan masyarakat Cina amat besar terhadap pembangunan Sabah, khususnya dalam sektor ekonomi, keusahawanan serta pentadbiran awam.

Ramai pegawai berketurunan Cina kini memegang jawatan penting dalam kementerian, jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau turut menghargai penglibatan masyarakat Cina dalam sektor swasta yang menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri.

Selain itu, Hajiji memaklumkan kerajaan negeri turut melantik beberapa tokoh berpengalaman dalam bidang kritikal seperti minyak dan gas, kewangan, pelaburan serta perundangan sebagai penasihat.

Mereka merupakan tokoh Cina, termasuk Tan Sri David Wong Dak Wah, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak yang kini mengetuai Sabah Law Reform Advisory Council (SLRAC).

Majlis tersebut diadakan bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh, sekolah swasta Cina serta badan-badan keagamaan bukan Islam di Dewan Hakka, Kota Kinabalu.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal