PUTRAJAYA: 5 Januari 2025 – Kerajaan MADANI mengumumkan langkah reformasi institusi utama apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan hasrat untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh.
Pengumuman itu dibuat dalam Ucapan Tahun Baharu 2026 Perdana Menteri pada mesyuarat bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini, sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan struktur pentadbiran negara.
Cadangan tersebut bakal dibentangkan dalam bentuk Rang Undang-Undang di Parlimen dan dilihat sebagai usaha memperkukuh tadbir urus, mencegah penumpuan kuasa serta menggalakkan peralihan kepimpinan yang lebih telus dan berprinsip.
Selain had tempoh jawatan Perdana Menteri, Anwar turut menegaskan komitmen meneruskan reformasi institusi lain selaras dengan kerangka Malaysia MADANI, termasuk pengukuhan akauntabiliti, keterbukaan dan integriti dalam pentadbiran awam.
Langkah ini menandakan fasa baharu reformasi politik negara menjelang pelaksanaan agenda pembangunan dan ekonomi bagi tahun 2026.
