Guarana Bakal Jadi ‘Emas Baharu’ Pemangkin Kebebasan Ekonomi Rakyat Sabah

photo 2025 10 22 15 19 00

KOTA MARUDU: 21 Oktober 2025 – Sabah kini melangkah ke era baharu dalam sektor pertanian dengan memperkenalkan tanaman guarana sebagai sumber ekonomi berpotensi tinggi, yang dijangka mampu membantu rakyat keluar dari belenggu kemiskinan.

Majlis pelancaran pembelian hasil dan pengagihan bibit guarana di Kota Marudu disempurnakan oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, yang menyifatkan tanaman ini sebagai langkah strategik ke arah kebebasan ekonomi rakyat Sabah.

Menurut beliau, penanaman guarana kini dibenarkan di seluruh Malaysia selepas disahkan tidak tersenarai dalam kategori tanaman terlarang.

Beliau menjelaskan bahawa tanaman tersebut berpotensi tinggi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, khususnya dalam kalangan golongan B40.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato Paduka Syed Isa Syed Alwi, Ketua Pegawai Operasi Cupana Trading (M) Sdn. Bhd., yang menjelaskan nilai ekonomi guarana jauh mengatasi kelapa sawit dengan harga sekitar RM60,000 satu tan, berbanding RM700 hingga RM800 bagi satu tan kelapa sawit.

Sebagai inisiatif awal, Cupana Group of Companies menawarkan lima pokok guarana percuma kepada setiap keluarga B40, dengan potensi hasil sehingga 200 kilogram guarana bernilai RM12,000 selepas dua tahun penanaman.

Program ini turut disertai oleh Koperasi STAR Sabah, yang mengagihkan 1,000 bibit guarana kepada 200 penerima awal.

Selain itu, para penanam akan menerima latihan komprehensif serta berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan, bagi membolehkan mereka menjadi tenaga pengajar dalam bidang penanaman guarana.

Beliau optimis bahawa dalam tempoh lima tahun, Sabah mampu menjadi pengeluar utama guarana di Malaysia, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar.

Beliau turut mengaitkan inisiatif ini dengan kejayaan tuntutan hak perlembagaan 40% hasil negeri Sabah, yang diyakini akan memberi kesan positif terhadap ekonomi negeri.

Sambil menunggu pelaksanaan tuntutan tersebut, beliau menggalakkan rakyat untuk mengambil peluang menanam guarana sebagai sumber pendapatan alternatif.

Dengan sokongan berterusan kerajaan dan sektor swasta, guarana kini dilihat bukan sekadar tanaman komersial, tetapi simbol transformasi ekonomi baharu Sabah menuju kemandirian dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Jeffrey G. Kittingan Page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal