Monday, December 23, 2024

GRS, BN agih kerusi sama rata.

Datuk Seri Bung Moktar Radin

SANDAKAN – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional akan mengagih sama rata 25 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, senarai calon BN sedang dimuktamadkan dan diharap tiada pertembungan kerusi seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum ini.

“Kita akan mengumumkan calon-calon BN dan GRS serentak dalam masa terdekat ini.

“Ini bermakna untuk prinsip menang-menang, separuh daripada calon yang akan bertanding adalah daripada BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan 2022 di Dewan Masyarakat Sandakan, Sabtu.

Menurut Bung Moktar, BN akan memperkenalkan kira-kira 80 peratus muka baharu pada PRU-15 kali ini.

BN Sabah dianggotai parti daripada UMMO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) manakala GRS terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), USNO dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Beliau, yang juga mantan Ahli Parlimen Kinabatangan, berharap mereka yang tidak dicalonkan agar tidak berkecil hati, sebaliknya membantu memastikan kemenangan calon BN.

-Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights