GPS menang 29 kerusi tanpa bertanding

524e7aa3 b98e 4249 b1c8 01efc7ac83a6

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan awal pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-13 selepas 29 daripada 82 kerusi dimenangi tanpa bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, mengesahkan 168 calon bertanding selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi. Tiada kertas penamaan calon ditolak.

Baki 53 kerusi menyaksikan 29 pertembungan dua penjuru, 15 tiga penjuru dan sembilan empat penjuru.

Antara pemimpin utama GPS yang menang tanpa bertanding ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di DUN Gedong. Dua Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, masing-masing menang di Bukit Sari dan Bukit Saban.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal