KOTA KINABALU: 21 September 2025 – Fenomena garis badai yang membawa hujan lebat bersama angin kencang dijangka melanda utara Sarawak, barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dari 22 hingga 25 September 2025.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran awal berhubung ramalan cuaca signifikan itu.
Menurut kenyataan MetMalaysia, analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin baratan kencang dijangka bertiup di rantau negara sepanjang tempoh berkenaan.
Keadaan tersebut berpotensi mencetuskan pembentukan garis badai dan fenomena itu boleh membawa ribut petir serta angin kencang dalam tempoh singkat.
Situasi berkenaan berisiko mengganggu aktiviti harian termasuk kemungkinan menjejaskan perhubungan darat dan laut.
Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap amaran cuaca ini.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa merujuk maklumat terkini melalui laman web rasmi di www.met.gov.my dan aplikasi myCuaca.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)
