Tuesday, December 24, 2024

Fitnah: Warisan Libaran buat laporan polis terhadap Maximus

SANDAKAN : Dituduh mesra Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Parti Warisan Bahagian Libaran membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Khamis.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Sandakan pada jam 10.30 pagi Khamis yang turut dihadiri oleh Adun Gum-Gum, Arunarnsin Taib dan Ketua Zon KDMR Warisan Libaran, Sh Bokrata Sh Hassan.

Warisan Bahagian Libaran menuntut agar pihak polis melakukan siasatan ke atas fitnah yang dibuat oleh Maximus tanpa mengambil kira kedudukan Maximus kerana fitnah itu tidak harus dijadikan senjata politik setiap kali musim pilihan raya.

Difahamkan pada 22 Oktober lalu, ketika berucap di pelancaran Jentera Pilihanraya GRS di Tenom, maximus berkata PBS belum bersedia untuk bekerjasama dengan Warisan kerana latar belakang Warisan yang mesra PATI.

Maximus juga didakwa mengatakan bahawa ‘akar umbi mereka’ (Warisan) ramai dianggotai PATI.

Menurut Arunarnsin, Warisan Bahagian Libaran menbantah sekeras-kerasnya fitnah itu yang dianggapnya sebagai tidak bertanggungjawab dan melampau dengan tujuan menjatuhkan reputasi Warisan serta pemimpim-pemimpi terutamanya menjelang pilihan raya.

“Kita mahu perkara ini diambil tindakan sewajarnya oleh pihak polis. Setiap kali pilihan raya, timbul perkara-perkara begini. Kita tahu mereka gunakan ini menghasut rakyat supaya tidak menyokong Warisan. Ini harus dihentikan segera,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Warisan akan memantapkan peringkat akar umbi supaya tidak terhasut dengan kenyataan yang berunsur fitnah.

“Kita tidak harus menyokong pemimpin di Sabah yang berani memfitnah semata-mata untuk mengambil kuasa,” jelasnya kepada media selepas membuat laporan polis.

Ini adalah laporan ketiga dibuat terhadap presiden PBS. Dua laporan sebelum ini dibuat oleh Warisan Sipitang dan seorang ahli majlis tertinggi.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights