BANGKOK, THAILAND : 21 November 2025 — Fátima Bosch Fernández dari Mexico telah dimahkotakan sebagai Miss Universe ke-74 pada malam kemuncak pertandingan yang berlangsung di Bangkok Arena, Thailand, yang menyaksikan penyertaan lebih daripada 120 peserta dari seluruh dunia.
Bosch menerima mahkota daripada Victoria Kjær Theilvig dari Denmark, juara Miss Universe 2024 dan Kemenangan beliau membawa gelaran kembali ke Mexico dan menambah rekod negara itu dalam sejarah pertandingan Miss Universe.
Semasa pemilihan Top 5, Bosch menjawab soalan mengenai bagaimana beliau akan memberdayakan wanita muda dengan penuh inspirasi ialah dengan menekankan kepentingan percaya pada diri sendiri, menghargai impian dan hati masing-masing, serta tidak membiarkan sesiapa meragukan nilai dan kemampuan diri.

Bosch turut menegaskan bahawa setiap wanita berkuasa dan suara mereka layak didengar, menjadikannya sumber inspirasi bagi generasi muda di seluruh dunia.
Tempat kedua dimenangi oleh Praveenar Singh dari Thailand, Stephany Abasali dari Venezuela menduduki tempat ketiga dan wakil Filipina, Ma. Athisa Manalo, dan Olivia Yacé dari Côte d’Ivoire masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.
Semasa malam kemuncak, Bosch mempamerkan persembahan bakat, fesyen, dan kostum kebangsaan yang memukau penonton.
Beliau menonjol bukan sahaja kerana kecantikan fizikal tetapi juga kerana kepintaran, keyakinan, dan keperibadiannya.

Fátima Bosch berasal dari Teapa, Tabasco, Mexico, dan mempunyai latar belakang dalam Reka Bentuk Fesyen dan pernah menuntut di Universidad Iberoamericana, Nuova Accademia di Belle Arti di Milan, dan Lyndon Institute di Vermont, Amerika Syarikat.
Dengan gelaran Miss Universe 2025, Bosch dijangka menjadi duta global bagi pendidikan, kesetaraan jantina, dan pembangunan belia, meneruskan tradisi Miss Universe sebagai platform untuk suara wanita di pentas dunia.
Kemenangan ini dianggap simbol keberanian, ketabahan, dan dedikasi, memberikan inspirasi kepada generasi muda di seluruh dunia untuk mengejar impian mereka dengan penuh semangat.
