JOHOR BAHRU: 18 Ogos 2025 – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung kes buli melibatkan seorang murid sekolah agama di Johor, bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.
Beliau berkata, tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli di institusi Pendidikan, dan Siasatan juga perlu dijalankan secara adil serta telus berpandukan garis panduan sedia ada.
Kes berkenaan membabitkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan menghidap kanser hidung, kini dirawat di hospital selepas mengalami gegaran otak dipercayai akibat insiden buli yang berlaku pada Februari lalu.
Difahamkan, ibu mangsa mendakwa anaknya masih tidak mendapat keadilan sewajarnya, manakala pelaku yang berusia 12 tahun tidak dikenakan tindakan kerana masih bawah umur.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi mangsa di hospital sebagai tanda sokongan moral.
Sumber: TVS