Eylia Guntabid pembuka persembahan Hillsong Worship di Kota Kinabalu

3ab299e6 fbb9 4729 843f 89b0506b49d1

KOTA KINABALU: 5 September 2026 — Penyanyi kelahiran Sabah, Eylia Guntabid dipilih sebagai artis pembuka persembahan Hillsong Worship di Kota Kinabalu pada 13 September ini.

Persembahan sulung Hillsong Worship di Kota Kinabalu itu dijadualkan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada jam 8 malam, sebelum Hillsong Worship mengambil pentas.

Eylia merupakan juara StarVoices Asia Musim Ketujuh dan pernah meraih beberapa pingat emas di World Championships of Performing Arts.

Beliau turut pernah menyertai Bintang RTM 2024 dan kini aktif menghasilkan karya muzik, termasuk single Langadon Oku Sabah yang dilancarkan pada 2026.

Sementara itu, penyanyi dan penulis lagu Malaysia, Nigel Tay dipilih sebagai artis pembuka untuk persembahan Hillsong Worship di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 9 September.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal