DUN Sabah Dibubarkan Hari Ini, Beri Laluan PRN-17

KOTA KINABALU : 6 Oktober 2025 – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah secara rasmi dibubarkan hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengumumkan perkara itu dalam satu majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Jamuan, Aras 3, Menara Kinabalu, petang tadi.

Menurut Hajiji, pembubaran tersebut berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).

“Pembubaran ini memberi kuasa kepada rakyat Sabah untuk menggunakan hak demokrasi mereka bagi menentukan siapa yang akan mentadbir negeri ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran ini diumumkan.

Sementara itu, parti-parti politik kini dijangka memperkemas senarai calon masing-masing bagi menghadapi PRN-17 yang dijangka menjadi antara pilihan raya negeri paling sengit di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal