Dua Maut dalam Kemalangan di Penampang

photo 2026 01 05 09 25 02

PENAMPANG: 4 Januari 2026 – Dua individu meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan sebuah motokar di Jalan Kota Kinabalu–Papar, berhampiran persimpangan lampu isyarat Sabindo, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy bin Newton berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.00 pagi, membabitkan sebuah kenderaan 4WD yang dipandu lelaki tempatan berusia 36 tahun bersama penumpang wanita berumur 27 tahun, dan sebuah motokar dipandu lelaki tempatan dengan empat penumpang berusia antara 17 hingga 21 tahun.

photo 2026 01 05 09 25 07
photo 2026 01 05 09 25 11

Menurut beliau, siasatan awal mendapati motokar berkenaan memasuki persimpangan lampu isyarat sebelum bertembung dengan kenderaan 4WD yang sedang bergerak lurus.

Akibat perlanggaran tersebut, penumpang motokar berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang berumur 17 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Tambah beliau, pemandu motokar serta beberapa penumpang lain mengalami kecederaan parah kini menerima rawatan di hospital.

photo 2026 01 05 09 24 58

Sementara itu, pemandu kenderaan 4WD tidak mengalami kecederaan serius, manakala penumpangnya turut mendapatkan rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, Polis Daerah Penampang menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Sumber: Polis Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal