Dua Mantan ADUN Dibicarakan Atas Kes Rasuah Lesen Mineral

photo 6309929324814994786 y

KOTA KINABALU: 22 Februari 2026 – Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah akan dibicarakan secara bersama berhubung pertuduhan rasuah berkaitan permohonan lesen penerokaan mineral.

Mantan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, didakwa menerima RM200,000 dari seorang ahli perniagaan sebagai dorongan untuk meluluskan permohonan lesen penerokaan mineral sebuah syarikat. Transaksi itu didakwa berlaku di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Sementara itu, mantan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, pula didakwa menerima RM150,000 dari individu yang sama, dipercayai berkaitan pemprosesan permohonan lesen penerokaan mineral melibatkan sebuah lagi syarikat. Wang tersebut didakwa diterima di kediamannya di Sembulan.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menggabungkan kedua-dua kes, dengan perbicaraan dijadual berlangsung selama enam hari, iaitu pada 15, 16, 18, 19, 29 dan 30 Jun.

Tarikh-tarikh berkenaan ditetapkan bagi mendengar keterangan saksi serta hujahan daripada kedua-dua pihak sebelum mahkamah membuat keputusan selanjutnya.

Sumber : sabah media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal