Dua Lelaki Ditahan Positif Syabu Dalam Operasi Polis Sandakan

photo 2025 09 18 22 22 35

SANDAKAN: 17 September 2025 – Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan menahan dua lelaki dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah yang dijalankan di dua lokasi berasingan di daerah ini.

Operasi bermula jam 10 pagi itu dilaksanakan di kawasan tepi jalan Chi Hwa, Batu 1 ½, Sandakan dan di Blok 14, Flat Taman Indah Jaya, Batu 4, Sandakan.

Ketika pemeriksaan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine (syabu).

Kedua-dua suspek ditahan di Lokap IPD Sandakan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman menegaskan operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha berterusan pihak polis membanteras jenayah dadah di daerah berkenaan.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal