Dua Lelaki Ditahan Positif Dadah di Sandakan

SANDAKAN: 20 Oktober 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam dua kejadian berasingan, awal pagi dan petang isnin.

Menurut kenyataan, sekitar jam 12.10 tengah malam, BSJND IPD Sandakan menerima serahan seorang suspek lelaki warga asing dari Polis Bantuan Ladang SD Guthrie Sukau selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Hasil pemeriksaan mendapati, pihak polis bantuan telah merampas satu tiub straw plastik berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dari suspek berkenaan.

Suspek kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, pada jam 4.00 petang hari yang sama, anggota BSJND membawa seorang lagi lelaki untuk menjalani ujian saringan awal air kencing di pejabat bahagian tersebut.

Keputusan ujian mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine, dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Kedua-dua suspek kini ditahan di Lokap IPD Sandakan bagi siasatan dan tindakan lanjut. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman, dalam usaha berterusan membanteras jenayah dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal