Dua Lelaki Disabit Kesalahan Menebang Pokok ‘Sycamore Gap’

Share the news

LONDON, 9 Mei – Dua lelaki didapati bersalah pada hari Jumaat atas kesalahan menebang secara haram pokok ‘Sycamore Gap’ yang ikonik, sebuah mercu tanda bersejarah berhampiran Tembok Hadrian di utaran England, yang berlaku dua tahun lalu.

Pokok sycamore yang berusia hampir 200 tahun ini amat disayangi bukan sahaja kerana keindahan semula jadinya, malah kerana kedudukannya yang menonjol sebagai tapak popular bagi jurugambar dan pendaki, serta sebagai latar belakang untuk lamaran romantis.

Pokok tersebut turut meraih kemasyhuran tambahan melalui penampilannya dalam filem “Robin Hood: Prince of Thieves” pada tahun 1991, menyumbang kepada statusnya sebagai monumen yang dicintai.

Kemusnahannya pada bulan September 2023 membangkitkan gelombang kesedihan dan kemarahan daripada orang ramai, menyoroti kepentingan pokok tersebut dalam landskap dan komuniti.

Pendakwa Richard Wright menyatakan kepada juri di Mahkamah Mahkota Newcastle bulan lau bahawa Daniel Graham, 39, dan Adam Carruther, 32, bertanggungjawab atas “vandalism yang tiada makna,” dengan sengaja dan teliti menebangnya menggunakan rantai gergaji.

Penebangan pokok tersebut turut mengakibatkan kerosakan pada sebahagian Tembok Hadrian, yang dibina oleh Rom sekitar 2,000 tahun yang lalu, dan kini menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Graham dan Carruthers, yang mengembara ke tapak di Taman Negara Northumberland dari rumah mereka di kawasan Carlisle, kira-kira 25 batu jauhnya, menafikan sebarang penglibatan. Namun, mereka didapati bersalah atas dua tuduhan kerosakan jenayah tersebut, dan akan dijatuhi hukuman pada 15 Julai ini.

“Dalam kurang daripada tiga minit, Graham dan Carruthers menamatkan legasi bersejarahnya dengan tindakan pemusnahan yang sengaja dan tidak bermakna.”

Semasa perbicaraan, juri ditontonkan video misi “bodoh” mereka, yang dirakam melalui telefon bimbit Graham, yang walaupun rakaman agak kabur namun kelihatan pokok ikonik tersebut sedang ditebang.

Pendakwaan mengatakan lelaki-lelaki itu telah mengambil serpihan pokok tersebut sebagai trofi dan mesej yang mereka hantar kepada satu sama lain selepas itu menunjukkan mereka sedang “berpesta” dengan reaksi seluruh dunia terhadap insiden tersebut. Tiada penjelasan diberikan untuk tindakan mereka.

National Trust, sebuah badan amal pemeliharaan warisan yang menjaga tapak tersebut, berkata pada Ogos lalu terdapat tanda-tanda kehidupan di pangkal pokok itu, memberi harapan bahawa ia mungkin akan terus hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal