Dua Individu Ditahan Miliki Syabu 

IMG 0824

LAHAD DATU: 5 Mac 2026 – Dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 44 tahun, ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam serbuan di Kampung Unta, Jalan Bakawali oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Hj. Dzulbaharin Hj. Ismail, pemeriksaan di rumah tanpa nombor itu menemui satu paket plastik lutsinar berisi 0.47 gram ketulan hablur jernih disyaki syabu dan  beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam operasi berasingan pada hari yang sama, BSJND IPD Lahad Datu memeriksa sebuah premis hiburan dan tujuh pengunjungnya, yang terdiri dari empat lelaki dan tiga wanita. 

Hasil ujian saringan air kencing mendapati semua negatif dadah, dan tiada tangkapan dibuat sepanjang pemeriksaan.

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal