Dr Yusof Mulakan Tugas Rasmi Pengerusi Sabah Development Berhad

photo 2026 01 14 09 09 42

KOTA KINABALU: 13 Janurai 2026 – Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi baharu Sabah Development Berhad (SDB), mengantikan Datuk Poon Ming Chung dan secara rasmi memulakan tugas di Pejabat SDB, Blok C, Menara Kinabalu.

Sebelum ini, Dr Yusof berkhidmat sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.

photo 2026 01 14 09 09 47

Menurutnya, pelantikan tersebut merupakan amanah dan tanggungjawab besar untuk memastikan SDB terus berkembang sebagai syarikat pembangunan milik kerajaan negeri yang berdaya maju.

Beliau turut menerima taklimat mengenai operasi serta hala tuju strategik SDB yang dihadiri ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan kanan syarikat.

Sumber: Facebook – Dr Yusof Yacob

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal