Tuesday, December 24, 2024

Dr Ewon ‘rempuh’ dewan saingi 4 calon parlimen Ranau

Calon parlimen Ranau dari kiri Jonathan, Azizul, Ewon, Taufik dan Markos selepas penamaan calon.

RANAU: Parlimen Ranau menyaksikan pertandingan lima penjuru pilihan raya umum untuk merebut kerusi Ranau dalam penamaan calon pada Sabtu.

Pilihan Raya Umum Ke-15 Parlimen Ranau bermula pada jam 9 pagi Sabtu dengan pertandingan lima penjuru termasuk pertembungan calon yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang berada di bawah gabungan Barisan Nasional (BN).

Calon pertama memfailkan pencalonan ialah Azizul Julirin daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada jam 9.03 pagi. Ini disusuli oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham daripada Pakatan Harapan (PH) dan bekas ahli parlimen Datuk Dr Ewon Ebin dari PBRS yang ‘merempuh’ rakan pakatan dari GRS ketika memfailkan kertas itu pada 9.16 pagi.

Calon keempat ialah penyandang Datuk Jonathan Yasin dari GRS dan akhir ialah
calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Markos Situn.

Masa penamaan calon ditutup tepat jam 10 pagi, tanpa sebarang calon yang ditolak.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights