Diskaun 70 Peratus Saman Trafik Mulai 1 November Hingga 30 Disember

photo 2025 10 31 17 30 08

KUALA LUMPUR: 30 Oktober 2025 — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sebanyak 70 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember 2025, sebagai sebahagian daripada kempen penyelesaian saman tertunggak sebelum kadar baharu diperkenalkan tahun depan.

Kempen itu dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) susulan pengumuman Menteri Dalam Negeri pada 22 Oktober lalu berhubung penyelarasan semula kadar serta kaedah kompaun saman trafik PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menurut kenyataan JSPT, kadar baharu itu akan dilaksanakan berasaskan prinsip “The Less You Delay, The Less You Pay”, yang membolehkan pengguna menikmati kadar kompaun lebih rendah jika bayaran dibuat lebih awal.

Orang ramai boleh menyelesaikan bayaran saman melalui platform MyBayar PDRM bagi pengguna berdaftar dengan MyDigital ID, atau di semua kaunter trafik daerah serta pejabat pos Malaysia di seluruh negara.

Bagaimanapun, diskaun tersebut tidak terpakai bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun (non-compoundable).

Tawaran pengurangan juga tertakluk kepada nilai kompaun semasa, dengan kadar minimum RM30.

JSPT turut menggalakkan orang ramai melunaskan saman tertunggak sebelum 30 Disember 2025, sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan membentuk budaya pemanduan yang lebih berdisiplin dan selamat.

Kempen ini turut diharap dapat mengurangkan jumlah saman belum dijelaskan serta memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelesaikan tanggungan mereka sebelum tahun baharu.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal