Demi Memastikan Rakyat Sabah Mendapat Maklumat Tepat, Berkesan

photo 6208246987694476758 y

KOTA KINABALU: 19 Disember 2025 – TV Sabah menyokong penganjuran sesi CHALK pertama oleh Institute of Public Relations Malaysia (IPRM) Cawangan Sabah sebagai usaha memperkukuh profesionalisme industri perhubungan awam dan kefahaman terhadap peranan media penyiaran di Sabah.

CHALK, singkatan kepada Chatting, Listening and Knowledge Sharing in PR & Communication, merupakan inisiatif nasional IPRM bagi memperkukuh jaringan industri serta meningkatkan standard profesionalisme komunikasi.

photo 6208246987694476757 y

IPRM Sabah yang dipengerusikan oleh Cassie Forsythe memaklumkan program ini akan diteruskan sebagai platform dialog dan perkongsian ilmu perhubungan awam serta komunikasi di negeri ini.

Sesi tersebut dianjurkan oleh IPRM Sabah dengan kerjasama Hello Sabah Media, Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd, melibatkan perbincangan tertutup berkaitan pengurusan kempen media dan libat urus bersama media, pencipta kandungan serta pengiklanan luar.

photo 6208246987694476760 y

Sebagai media penyiaran negeri, TV Sabah berpandangan hubungan strategik antara pengamal perhubungan awam dan media arus perdana perlu diperkukuh bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, beretika dan berkesan kepada rakyat serta menyokong agenda pembangunan negeri.

Turut hadir ialah Lulu Latisyah, Bavilia Sandra dan Jacyntha dari TV Sabah; Fidelis Francis, Azeera Azeasharmel, Geena Roslyna dan Elwa Gloria dari Hello Sabah Media (Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd); Dinoza Mahruf dari LIFT Media; Lawrence Julius dari JUMPA; Shareen Sen dari Big B; Gin Lau dari W Media serta Ivy Stanislaus, pengamal perhubungan awam bebas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal