Deedee Dilantik Penyampai Baharu Kupikupifm

photo 2026 01 01 18 31 36

KOTA KINABALU: 1 Januari 2026 – Stesen radio tempatan Kupikupifm mengumumkan pelantikan Deedee Cassandra Dallius, atau lebih dikenali sebagai Deedee, sebagai penyampai radio baharu bagi segmen Morning Kinabalu yang bersiaran setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Deedee, yang sebelum ini berkhidmat sebagai cruiser di Kupikupifm sejak tahun 2022, menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu perkembangan signifikan dalam kerjayanya serta peluang berharga untuk menyumbang secara lebih langsung kepada dunia penyiaran radio.

Katanya penglibatan awal sebagai cruiser membolehkanya memahami operasi penyiaran dan memerhati cara penyampai radio membina hubungan dengan pendengar.

photo 2026 01 01 18 31 15

Justeru, pendedahan itu secara tidak langsung mencetuskan minat mendalam terhadap bidang radio, selari dengan personalitinya yang bersifat komunikatif dan mudah berinteraksi.

Untuk itu, Dedee turut membuat persediaan rapi dari segi mental dan kandungan siaran, termasuk mempelajari aliran penyampaian, pengurusan masa siaran, pengendalian sistem teknikal serta keupayaan untuk bersiaran secara spontan dan autentik.

Deedee berkata, keaslian, kreativiti dan keupayaan membina hubungan dengan pendengar adalah elemen penting untuk memastikan radio terus relevan dalam landskap media yang semakin kompetitif.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan serta seluruh warga kerja Kupikupifm atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan, selain bimbingan berterusan daripada barisan penyampai radio stesen itu.

Deedee berharap kehadirannya dalam segmen Morning Kinabalu dapat memberikan pengalaman pendengaran lebih segar dan bermakna, serta menggalakkan penglibatan aktif pendengar.

Menurut Kupikupfm, segmen Morning Kinabalu, Deedee akan bergandingan bersama penyampai berpengalaman, Felix Agus dalam segmen Morning Kinabalu untuk membawakan pendekatan penyampaian yang santai, berinformasi dan bertenaga.

Gabungan dua generasi ini dijangka memberi nilai tambah melalui perkongsian perspektif berbeza serta kandungan yang lebih dekat dengan pelbagai lapisan pendengar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal