DBKK Tegur Penunggang Motosikal di Trek Joging Teluk Likas

KOTA KINABALU: 19 Ogos 2025 – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegur tindakan sekumpulan individu yang menunggang motosikal di atas trek joging Taman Awam Teluk Likas, sebagaimana tular menerusi sebuah video di media sosial pada Isnin.

Dalam kenyataan rasmi, DBKK menegaskan perbuatan itu jelas melanggar peraturan taman awam dan membahayakan keselamatan pengunjung lain.

DBKK menjelaskan trek joging dan laluan basikal di kawasan berkenaan disediakan khusus untuk aktiviti riadah, bukan untuk kenderaan bermotor.

Menurut DBKK, taman awam merupakan ruang komuniti yang menjadi tumpuan warga bandaraya, justeru setiap pengunjung perlu menggunakan kemudahan itu secara bertanggungjawab.

DBKK turut mengingatkan bahawa papan tanda peraturan telah dipasang di sepanjang taman bagi memberi panduan kepada orang ramai.

Tindakan tidak mematuhi peraturan boleh merosakkan kemudahan yang disediakan serta menimbulkan risiko kemalangan kepada pengguna lain.

Sehubungan itu, DBKK menyeru masyarakat agar lebih peka terhadap keselamatan bersama dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Langkah ini penting bagi memastikan taman awam terus kekal sebagai ruang selamat, kondusif dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Sumber: Sabah Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal