KOTA KINABALU: 20 Januari 2026 — Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan empat kompaun terhadap beberapa penjaja di Anjung Kinabalu selepas menjalankan operasi penguatkuasaan yang memeriksa lebih 140 penjaja di kawasan D’Walai Mutiara, D’Walai Mata Biru dan D’Walai Haruman.
Menurut kenyataan DBKK, kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja 3(12) atas kesalahan tidak mempamerkan lesen.

Selain kompaun, DBKK turut mengeluarkan Notis Pematuhan Peraturan Menjaja kepada peniaga yang melakukan kesalahan lain seperti tidak memiliki Kad Pembantu yang sah.

Peniaga terlibat diberikan tempoh tertentu untuk mengemukakan dokumen berkaitan dan mematuhi semua syarat perlesenan.
Sumber: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
