KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan kepada semua sekolah di seluruh negara pada 18 Mac 2026 (Rabu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026.
Menurut kenyataan media KPM, cuti tambahan tersebut diberikan bagi memberi ruang kepada warga sekolah termasuk guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya menjelang perayaan itu.
Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis).
Sementara itu, sekolah dalam Kumpulan B pula diperuntukkan dua hari cuti tambahan, iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat).
KPM berharap penambahan cuti itu dapat membantu warga pendidikan merancang perjalanan pulang ke kampung dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana lebih tenang dan bermakna.
Sumber: Kenyataan media
