KOTA KINABALU: 18 November 2025 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan cubaan menyeludup rokok tidak bercukai di perairan Pulau Tetagan, Semporna, selepas menerima maklumat awam pada malam 17 November.
Sekitar jam 10.05 malam, anggota PPM mengesan sebuah bot laju yang bergerak mencurigakan semasa rondaan keselamatan.

Pemeriksaan mendapati seorang lelaki tempatan berada di atas bot tersebut, dipercayai cuba membawa masuk rokok dari negara jiran ke Malaysia.
Hasil pemeriksaan, lima guni berisi 250 karton rokok jenama L3 Menthol telah dirampas.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah
