Tuesday, December 24, 2024

Cuaca Sabah esok baik pada waktu pagi, petang hujan

KOTA KINABALU: Kebanyakan kawasan di Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah petang pada hari mengundi esok (19 November).

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu, beberapa kawasan akan mengalami cuaca baik pada sebelah pagi kecuali daerah Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan yang dijangka mengalami hujan.

Cuaca mendung dijangka dialami di daerah Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang.

Pada sebelah pagi, tiada hujan dijangka berlaku di daerah seperti Ranau, Keningau, Tenom, Pensiangan, Beluran, Libaran, Batu Sapi, Sandakan dan Kinabatangan.

Namun sebelah petang, hujan dijangka berlaku di kebanyakan kawasan kecuali Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan.

Sementara itu, mengikut daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 1.64 juta rakyat Sabah layak mengundi pada pilihan raya parlimen esok.

Sebanyak 25 kerusi parlimen dipertandingkan di negeri ini.
Kedua-dua Sabah dan Sarawak yang mempunyai 31 kerusi parlimen, dijangka memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan persekutuan yang bakal berlaku.

Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya juga akan keluar mengundi untuk pilihan raya kecil yang diadakan selepas kematian penyandang Parti Warisan Manis Muka Mohd Darah pada 17 November 2020.

Bugaya menyaksikan pertandingan tujuh penjutu di antara Barisan Nasional (Abdul Aziz Mohd Ibno), Warisan (Jamil Hamzah), Pakatan Harapan (Arastam Pandorog), Parti Pejuang Tanahair (Mohd Hassan Abu Bakar), BEBAS (Zulfadzli Shi Ahmad), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (Karil Kuraini) dan Parti Bangsa Malaysia (Nazmahwati Wali).

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights