Coca-Cola, UMS Perkenal Sains Sukan dan Teknologi untuk  Pacu Bola Sepak Belia Sabah

WhatsApp Image 2026 10 17 at 12.13.55

KOTA KINABALU: 17 Oktober 2026 – Program pembangunan akar umbi Coca-Cola: Bina Juara memperkenalkan pendekatan berasaskan sains sukan dan teknologi bagi memacu bola sepak belia Sabah.

Kolaborasi strategik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Coca-Cola Malaysia itu memecah tradisi klinik sukan konvensional kerana membolehkan analisis kelemahan taktikal dan lonjakan prestasi pemain belia dikesan secara langsung di Stadium UMS 12 Oktober lalu.

WhatsApp Image 2026 10 17 at 12.13.55 3

Dekan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan UMS, Profesor Madya Dr Soon Singh Bikar Singh, berkata integrasi sains sukan dan teknologi memberi dimensi baharu kepada usaha pembangunan sukan komuniti yang dilaksanakan sebelum ini.

Beliau turut menambah pendekatan ini mampu mengenal pasti kawasan kelemahan dan masalah prestasi secara on the spot untuk intervensi segera barisan kejurulatihan semasa perlawanan berlangsung. Inovasi itu turut membuka ruang merit untuk penyelidik dan pelajar universiti menyerapkan aplikasi teknologi sukan terkini ke dalam sistem silibus akademik mereka, katanya.

Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan UMS, Dr Jorrye Bin Jakiwa, mendedahkan instrumen digital digunakan merangkumi vest GPS penjejak prestasi, analisis video kecerdasan buatan (AI), dan sensor bola pintar dalam kicking chamber. Jelas beliau, data dijana dari vest GPS membolehkan pihak kejurulatihan mengukur metrik kritikal seperti kelajuan maksima, jarak liputan padang, dan pecahan corak larian atlet sama ada jogging, striding, atau all-out sprint.

WhatsApp Image 2026 10 17 at 11.00.06 23
Pemain bola sepak muda menjalani penilaian prestasi menggunakan vest yang dilengkapi teknologi GPS, manakala para jurulatih melihat bagaimana teknologi tersebut merekod kelajuan, jarak pergerakan dan beban kerja pemain bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai prestasi serta intensiti latihan mereka.

“Data fizikal ini membolehkan kita membandingkan standard baseline dengan data pemain peringkat Piala Dunia sebagai penanda aras prestasi. “Melalui komponen smart shin pad dalam kicking chamber, kita boleh mengesan tahap keseimbangan impak kaki kiri dan kanan untuk membantu mengoptimumkan prestasi keseluruhan pemain,” ujar Jorrye.

Program Bina Juara dirangka secara bersiri melibatkan lapan pasukan belia berusia 16 hingga 21 tahun untuk memastikan graf perkembangan mereka dipantau secara berterusan.

“Data fasa pertama ini adalah penanda aras baseline. Kelompok 100 peratus pemain yang sama akan diuji semula pada fasa kedua Januari depan menggunakan peranti yang sama untuk memastikan ketepatan data perkembangan prestasi pasca-latihan,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2026 10 17 at 12.13.55 2
Pemain bola sepak muda menjalani penilaian prestasi menggunakan vest yang dilengkapi teknologi GPS, manakala para jurulatih melihat bagaimana teknologi tersebut merekod kelajuan, jarak pergerakan dan beban kerja pemain bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai prestasi serta intensiti latihan mereka.

Sementara itu, Pengarah Kanan Dasar Awam Coca-Cola ASEAN dan Pasifik Selatan, Claudia Chan, menyatakan inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan Coca-Cola dalam memperkasakan golongan muda menerusi sukan, pendidikan dan penglibatan komuniti, selaras dengan lebih 90 tahun kehadirannya di Malaysia.

Beliau menjelaskan Coca-Cola kini melangkaui peranan sebagai penaja sukan semata-mata dengan menyokong pembangunan ekosistem sukan yang lebih mampan dan menyeluruh. Melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS), penggunaan teknologi AI, latihan jurulatih komuniti serta pembangunan holistik pemain, program ini membuka lebih banyak ruang kepada bakat muda untuk mengasah potensi dan mencapai kecemerlangan di dalam serta di luar padang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal