Calon GRS Batu Sapi minta pemimpin jangan gaduh-gaduh

SANDAKAN: Kita kerja untuk bantu rakyat di peringkat DUN dan Parlimen. Buat apa mau gaduh rebut-rebut. Kita buat kerja sama-sama, fokus, sebab kita sayang semua rakyat, kata calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan.
Katanya, semua calon mesti bersaing secara sihat, untuk majukan rakyat dan sebab itu peluang yang sama mesti diberi kepada orang lain juga.
“Kita beri peluang kepada mereka yang sudah lama membantu dan berjuang untuk rakyat di Batu Sapi, untuk membantu rakyat di peringkat Parlimen,” katanya di Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi di Kampung Istimewa Laut di sini Selasa.
Menurut Khairul Firdaus, fokus pemimpin adalah memajukan rakyat dan bukan bertelagah sesama sendiri.
“Kita kerja untuk bantu rakyat. Buat apa mau gaduh rebut-rebut, kita buat kerja sama-sama, fokus, sebab kita sayang semua rakyat,” katanya mengingatkan pengundi membuat pilihan tepat dalam pilihan raya umum ke-15 pada Sabtu ini.

“Jangan salah pilih pemimpin nanti kamu sendiri yang sakit kerana tiada perubahan. Pilih pemimpin yang mampu bantu rakyat, jangan lihat pertalian saudara atau apa tapi kita lihat keperluan rakyat dan apa yang mesti dilakukan untuk majukan rakyat,” jelasnya.
Kedua-dua Dewan Undangan Negeri di Parlimen Batu Sapi sudah diwakili oleh Parti Warisan Sabah (Warisan).
Khairul juga melawat Pusat Pengundian Awal di Dewan Sukan Mohd Azim, Kem Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Taman Samudera, Sandakan.
– Tv Sabah News
0 Comments