Calon Bebas buat kejutan menang kerusi di Tenom
KOTA KINABALU: Tindakan bertanding sebagai calon Bebas adalah satu percaturan yang berani buat Riduan Rubin tetapi tuah menjadi miliknya apabila menjadi satu-satunya calon Bebas di Sabah yang menang pilihan raya umum ke-15 ini.
Anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong daripada Bersatu, Datuk Rubin Balang ini memperoleh majoriti 1,108 tapi ia tetap memberi kemenangan kepadanya apabila mengalahkan dua saingan terdekat dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Rubin menang dengan 10,027 undi menewaskan penyandang kerusi berkenaan Noorita Sual (Pakatan Harapan) yang meraih 8,919 undi dan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Ja’afar pula 8,625 undi.
Calon lain ialah Ukim Buandi (992 undi) dari Warisan (Warisan) dan calon termuda Peggy Cha Zhi Ting (Bebas) hanya mendapat 86 undi, sekali gus hilang deposit.
Kerusi Parlimen Tenom mencuri tumpuan susulan berlaku kekecohan pada proses penamaan calon, 5 November lalu kerana pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Di KOTA BELUD, calon lantang daripada parti Warisan Isnaraissah Munirah Majlis menang dengan 25,148 undi menewaskan calon BN Abdul Rahman Dahlan yang mendapat 20,566 undi.
Dengan majoriti 4,582 Abdul Rahman yang cuba kembali semula merampas kerusi Kota Belud gagal sekali lagi beraksi.
Calon Pakatan Harapan Madeli Bangali mendapat 8,323 undi.
– Tv Sabah News
0 Comments