BN menang PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag

Kina Lamag

KINABATANGAN: 25 Januari 2026 – Barisan Nasional mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamag apabila memenangi Pilihan Raya Kecil kelmarin.

Mohd Kurniawan Naim Moktar, 32, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, meneruskan legasi setelah menang bergaya dengan memperolehi 19,852 undi, memberi majoriti sebanyak 14,214.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, tewas dengan jumlah undi 5,638, sementara calon Bebas, Goldam Hamid hanya memperolehi 946 undi.

Untuk kerusi DUN Lamag, Mohd Ismail Ayub menang selesa dengan jumlah undi 7,269 berbanding pencabarnya dari parti Warisan, Mazlina Abdul Wati, yang hanya mendapat 1,588 undi.

Keputusan rasmi ini dikeluarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun semalam.

Seramai 55.06 peratus pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan, dan seramai 64.93 peratus bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Lamag.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal