BERSATU digesa tenang tangani krisis dalaman

KUALA LUMPUR: 3 Oktober 2025 – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua ahli parti agar kekal tenang dan berdisiplin dalam menghadapi cabaran semasa, sambil menegaskan bahawa sebarang isu dalaman akan ditangani sepenuhnya melalui saluran rasmi parti.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi mengelakkan kelemahan dalaman yang boleh dimanfaatkan oleh pihak lawan politik.

Katanya, Lembaga Disiplin BERSATU diberi mandat penuh untuk menjalankan siasatan serta membuat keputusan dengan adil dan telus berlandaskan Perlembagaan parti.

Muhyiddin menegaskan bahawa tumpuan utama parti ketika ini adalah memperkukuh kekuatan BERSATU, meneguhkan Perikatan Nasional serta terus membela kepentingan rakyat.

Beliau mengingatkan bahawa cabaran dalaman tidak seharusnya mengalih perhatian daripada perjuangan yang lebih besar.

Beliau turut menyeru ahli-ahli parti untuk terus berdiri teguh, saling menyokong dan mengekalkan kesetiaan kepada perjuangan. “Saat inilah kita diuji.

Dengan kesabaran dan disiplin, saya yakin kita akan keluar daripada cabaran ini lebih kuat dan lebih bersatu,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial media beliau hari ini.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal