BAS.MY Kota Kinabalu Mula Beroperasi Kelmarin

photo 2026 04 02 20 49 08

KOTA KINABALU: 2 Mac 2026 – Perkhidmatan BAS.MY Kota Kinabalu secara rasmi memulakan operasi kelmarin dengan pengenalan dua laluan utama, iaitu Laluan S01 yang melibatkan enam buah bas dan Laluan S05 dengan empat buah bas untuk memperkukuh sistem pengangkutan awam di bandar ini.

Penambahan laluan dan jumlah bas dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan pengguna.

Dari segi pembayaran, perkhidmatan ini menyediakan pelbagai kaedah tanpa tunai, termasuk penggunaan Kad Konsesi yang diberikan secara percuma kepada pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

photo 2026 04 02 20 49 03

Turut disediakan ialah Kad 30 Hari yang sesuai untuk golongan bekerja, selain kad debit atau kredit, ManjaLink dan aplikasi DuitNow bagi memudahkan urusan penumpang.

Bas.My turut dilengkapi ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) serta dan kemudahan mesra OKU bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang.

Orang ramai digalakkan memanfaatkan kemudahan yang disediakan sebagai alternatif pengangkutan yang lebih efisien, sekali gus menyokong usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memperkukuh kelestarian mobiliti bandar.

Sumber: Lembaga Pelesenan kenderaan perdagangan sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal